HPA Marketing

Profil Syarikat

PROFIL SYARIKAT HPA

Motto Syarikat
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Visi Syarikat

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
Misi Syarikat

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

SEJARAH HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat :-
  1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.
  2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
  3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
  4. Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah.
  5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah.
  6. Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
  7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang. Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-
  1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
  2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
  3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
  4. Pengurus Besar Akaun
  5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
  6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu :-
  1. Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd
  2. Pengurus Pembelian
  3. Pengurus Pinjaman
  4. Pengurus Zon Utara
  5. Pengurus Zon Tengah
  6. Pengurus Zon Selatan
  7. Pengurus Zon Timur
  8. Pengurus Zon Luar
  9. Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd
  10. Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd
  11. Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd
  12. Pengurus Pentadbiran
  13. Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)
  14. Pengurus Sumber Manusia
  15. Pengurus Pembangunan & Pengangkutan
  16. Pengurus Latihan & Promosi
  17. Pengurus Bahagian Kopi Radix
  18. Pengurus Bahagian Kopi O
  19. Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
  20. Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)
  21. Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)
  22. Pengurus Bahagian Sabun
  23. Pengurus Bahagian Kosmetik
  24. Pengurus Bahagian Kordial
  25. Penyelia Bahan Mentah
  26. Penyelia Bahagian Kit Niaga
  27. Penyelia Bahagian Stor
  28. Penyelia Bahagian Biskut
  29. Penolong Pengurus Pentadbiran
  30. Penolong Pengurus Sumber Manusia
  31. Penolong Pengurus Bahagian Kapsul
  32. Eksekutif IT
  33. Eksekutif Pembelian
  34. Eksekutif Latihan
  35. Eksekutif Pegawai Pendaftar
  36. Eksekutif Kualiti

Kearah Merealisasikan Pengubatan JAWI

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan. Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang.

ANAK SYARIKAT

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut :-
  1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
  2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
  3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
  4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
  5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
  6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
  7. HPA Ilham Sdn Bhd - Agensi pelancongan
  8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
  9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
  10. Centella White Sdn Bhd - Produk kosmetik

Perutusan Lembaga Pengarah HPA

Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.

Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1)

"Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin."

Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

Plan Pemasaran

Jadi Ahli HPA – Beli & Guna Produk HPA – Menaja & Terima Bonus

Adil Dan Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.
Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. berpotensi di dalam membantu mempromosi dan memperkenalkan produk keluaran HPA di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke Indonesia, Brunei dan Singapura. Kini, Al Wahida Marketing Sdn. Bhd telah mempunyai lebih kurang 530,000 jumlah ahli di seluruh Malaysia, selain telah mengeluarkan katalog, menganjurkan program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) bersama-sama dengan stokis-stokis, ahli-ahli dan pengguna-pengguna yang berminat di dalam perniagaan. Selain itu, semua informasi mengenai produk dapat disalurkan dengan baik melalui perancangan sistem yang diatur.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA

  1. Berteraskan prinsip ihsan
  2. Keadlian pada setiap peringkat
  3. Telus dan berdaya saing
  4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
  5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
  6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan

Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin Adil dan SUKSES.

Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA MENANTI ANDA
  1. Untung Runcit 20% - 25%
  2. Bonus Prestasi Pribadi 10% - 20%
  3. Bonus Kenaikan Pangkat 23% - 35%
  4. Bonus Pembelian Stabil 5% x NM HPA
  5. Bonus Kemajuan Jaringan 6% x NM HPA
  6. Bonus Generasi Pangkat 26%
  7. Bonus Pengarah Jati Setia 5% x NM HPA
  8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota 15%
  9. Tabungan Pelancongan 5%
  10. Tabungan Perlindungan Takaful RM70,000-RM100,000
  11. Bonus Agen Stok 11% - 16%
Anda memerlukan 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan bagi melayakkan anda mendapat bonus. Anggaran belian produk HPA untuk mendapatkan 50NM adalah sebanyak RM100++

Bagaimana saya berbelanja dengan produk HPA dan memperolehi lebih dari 50NM setiap bulan.

Cara Saya Berbelanja Dengan HPA

Jadual Nilai Mata & Peratus Bonus
Untuk mencapai pangkat pertama, Pengurus Melati (PLX), cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501NM secara :-

  1. Timbunan
  2. Berkumpulan
  3. Tiada had masa
Atau cara kedua ialah ahli perlu :-
  1. Hadir program PBC
  2. Dan lakukan belian bersyarat (300 NM)* dalam tempoh masa 2 bulan dari tarikh PBC yang disertai.

Program Perkongsian Bijak Cemerlang

Bijak Cemerlang (PBC)

"JALAN PINTAS MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN, 5 ANGKA DALAM MASA 5 BULAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)HPA"

Program perkongsian bijak cemerlang (PBC) merupakan satu program motivasi yang banyak memberikan idea bagaimana berniaga dalam HPA. Ramai usahawan HPA yang telah berjaya dibentuk dan menjana pendapatan yang lumayan sehingga 5 angka dari program ini. PBC bukan skim subsidi tetapi program ini mengajar cara untuk berniaga dalam alam realiti. Modal yang sedikit dijanakan melalui perkongsian untuk kejayaan bersama. Jika seorang ahli HPA itu tidak mengikuti program PBC, dibimbangi semangat juangnya akan menjadi luntur dan akhirnya mereka tidak aktif dalam memasarkan produk HPA.
Program yang bersifat HOLISTIK di mana peserta kursus akan dibimbing sepenuhnya selama 2 hari 1 malam oleh kepimpinan HPA yang banyak pengalaman dengan modul-modul program yang membolehkan mereka memulakan kerjaya sebagai usahawan HPA secara berkesan.
Program ini bermula pada 2 Disember 2005 dengan penyertaan awal cuma dihadiri oleh 50 orang peserta di mana kebanyakkannya dari Lembah Klang. Berkat dari usaha gempur mereka yang hadir pada kursus pertama, kehadiran pada kursus kedua yang diadakan pada 28 Januari 2006 telah mengjangkau hampir 300 orang. Kali ini para peserta yang datang adalah dari berbagai negeri di Malaysia Barat.
Suasana Program PB Pertama Di HQ HPA Industries Sdn Bhd, Arau Perlis.
Oleh kerana sambutan yang begitu memberangsangkan dari para peserta, maka program selanjutnya terpaksa dijalankan di zon-zon. Hasil dari program PBC ini, maka ramai pemimpin dan pelapis yang dapat diketengahkan dengan lonjakan bonus bulanan yang ketara. Ramai yang telah mendapat bonus 5 angka sebulan dalam masa yang singkat (5 bulan sahaja).
Kini, PBC dijalankan dengan pesat dalam setiap bulan pada setiap zon. Sekarang ini setiap hujung minggu telah dipenuhi dengan program PBC di merata-rata negeri bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan dijalankan juga di Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan juga Thailand.

"JANGAN LEPASKAN PELUANG, JADILAH PESERTA"


Siapa Yang Perlu hadir Ke PBC?
  1. Ahli HPA Baru.
  2. Ahli HPA yang telah lama meyertai HPA tetapi tidak aktif dan tidak berpangkat.
  3. Ahli HPA yang berminat untuk menjadi stokis.
Modul - Modul Dalam Program PBC.
Antara modul yang akan diberikan adalah :-
  1. Kenali syarikat
  2. Asas plan pemasaran MLM Syariah HPA
  3. Bagaimana nak BERJAYA - Gerak Kerja 6M
  4. Eagle Eyes Sponsoring
  5. Plan tindakan melalui LDK
  6. Teknik DEMO
  7. Produk pilihan
  8. Diagnosis penyakit melalui SARAF TAPAK TANGAN
  9. Asas perubatan JAWI
  10. Qiamullail
  11. Kuliah subuh
  12. Senaman pernafasan
  13. Bacaan Al-Maathurat
  14. Motivasi niaga

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM Syariah HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix.
Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah PENERAPAN ISLAMIYAH yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.
Ganjaran Dan Kelebihan Menyertai Program PBC
  1. Hadiah pangkat pertama secara automatik diberikan oleh pihak syarikat iaitu Pengurus Melati (PLX) dengan bonus 20% kekal tanpa melakukan penajaan. Dengan itu anda tidak perlu melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapatkan pangkat pertama ini.
  2. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan SYARIAH dan menguntungkan.
  3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM10,000 ke atas.
  4. Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
  5. Modul program yang menarik dan mengesankan.
  6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan profesional yang ingin menempa nama sebagai USAHAWAN HPA.

Bagaimana cara untuk menyertai Program PBC ini?
  1. Daftar menjadi ahli HPA terlebih dahulu di website HPA-Online.net. Sila klik DAFTAR untuk pendaftaran, kemudian lakukan pembayaran RM30 (yuran keahlian HPA seumur hidup) dan anda akan mendapat Kit Niaga HPA.
  2. Untuk Daftar ke Program PBC sila maklumkan kepada pihak Admin HPA-Online.net bagi tujuan menyemak kekosongan penyertaan. Sila email ke daftar@hpa-online.net atau SMS ke 019-576 1619 maklumat di bawah :-

    Tarikh PBC :
    Lokasi PBC :
    Nama Pemohon :
    No. Ahli HPA :
    No. I/C :

    Kaedah pembayaran untuk bayaran Program PBC akan diberitahu setelah kekosongan penyertaan diperolehi oleh pihak Admin.
  3. Membuat pembelian 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC. Peserta boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana stokis HPA. Ini dalah syarat yang perlu dipatuhi untuk kenaikkan pangkat Pengurus Melati (PLX) setelah menghadiri program PBC.