Tazkirah

Siri - 7 Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Siri ke-7 ini merupakan siri terakhir pelajaran "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" Semoga artikal-artikal yang diterbitkan memberi manafaat kepada pengunjung serta kami khususnya.


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ َ سورة التوبة: الآية: 18
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18

Siri 7- Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam
Peraturan Saf Sembahyang
i- Jika makmum itu seorang lelaki sahaja, samada dewasa atau kanak-kanak, maka dia hendaklah berdiri di kanan imam (serta terkebelakang sedikit daripadanya).
ii- Dan jika datang seorang lelaki yang lain, maka hendaklah dia (lelaki yang baru datang itu) berdiri di sebelah kiri imam, kemudian kedua-dua makmum itu undur ke belakang (berada di belakang imam) atau imam maju ke hadapan.
iii- Jika yang mengikut imam itu dua lelaki, sekalipun salah seorang adalah kanak-kanak, maka hendaklah mereka bedua berdiri di belakang imam.
iv- Jika makmum itu perempuan sahaja, maka dia hendaklah berdiri di belakang imam. Begitu juga kalau mereka ramai.
v- Jika makmum itu seorang lelaki, (sekalipun kanak-kanak) dan serang perempuan, maka si lelaki berada di sebelah kanan imam, dan perempuan di belakang lelaki.
vi- Apabila jemaah ramai, maka saf yang pertama ialah lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan. Dan jika tidak penuh saf lelaki, maka hendaklah dipenuhkan dengan kanak-kanak lelaki.
vii- Sunat berdiri imam perempuan sesama mereka di tengah-tengah saf makmum (dengan sedikit ke hadapan).
Sebab-Sebab Yang Disunatkan Sujud Sahwi
Sunat sujud sahwi pada sembahyang samada fardhu ataupun sunat dengan salah satu daripada empat perkara.
i- Meninggalkan salah satu daripada sunat ab'adh, samada dengan terlupa atau sengaja. Contohnya seperti terlupa membaca tahiyyat awal.
ii- Mengerjakan perbuatan yang tidak membatalkan jika dilakukan dengan terlupa, tetapi membatalkan jika dilakukan dengan sengaja. Contohnya seperti menambahkan rakaat dengan terlupa, maka disunatkan sujud sahwi.
iii- Membaca rukun qauli (selain takbiratul ihram dan salam) atau sunat qauli pada bukan tempatnya dengan terlupa atau sengaja. Contohnya membaca al-Fatihah atau surah dalam rukuk. Adapun membaca takbiratul ihram dan salam pada bukan tempatnya, maka ia membatalkan sembahyang.
iv- Syak pada meninggalkan salah satu daripada sunat ab'adh, seperti syak ketika tahiyyat akhir, adakah dibacanya tahiyyat awal atau tidak, maka disunatkan sujud sahwi.
Perlu diingatkan bahawa sujud sahwi adalah dua kali sujud yang diselangi dengan duduk antara dua sujud. Sujud sahwi adalah sunat, yang mana jika tidak dikerjakannya (sesudah ada sebabnya) tidaklah membatalkan sembahyang. Tetapi melakukan sujud sahwi tanpa sebab membatalkan sembahyang, kerana ia adalah bid'ah. Dan jika imam melakukan sujud sahwi, maka makmum wajib mengikutinya, samada dia makmum yang muafiq atau masbuq, dan jika tidak diketahui apakah kelupaan imamnya sekalipun. Dan jika makmum itu tidak mengikutinya dalam bersujud sahwi, maka batallah sembahyangnya.
Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Imam.
I- Kesilapan Sebelum Bersolat.
1- Menganggap menjadi imam itu sebagai kemegahan, yang akhirnya menghilangkan sifat keikhlasan dalam beribadat.
2- Membaca "Usolli" (lafaz niat) dengan nyaring. Rasulullah s.a.w. tidaklah membaca "Usolli" sebelum bersembahyang. Bacaan "Usolli" itu disunatkan oleh sesetengah ulamak untuk membantu memudahkan niat. Jika tidak kerana demikian, sunnah Rasulullah s.a.w. adalah lebih utama untuk diikuti. Lagipun tidak ada seorang ulamak pun yang menyunatkan supaya dinyaringkan bacaan tersebut, samada dia adalah seorang imam ataupun makmum.
3- Terlalu lama untuk bertakbir "Takbiratul Ihram" kerana sibuk dengan bacaan-bacaan yang tidak ada pun nas daripada sunnah Nabi s.a.w. supaya dibacanya seperti surah an-Nas, "Basmalah", "Istiazah" dsbgnya.
4- Tidak memperbetulkan saf makmum sebelum bertakbir.
II- Kesilapan Dalam Solat
1. Terlalu cepat dalam melakukan pergerakan sembahyang, menyebabkan makmum tidak dapat mengikut imam dengan baik.
2. Menyaringkan bacaan pada tempat yang tidak disunatkan nyaring. Perkara ini sering berlaku, melainkan kepada orang yang dipelihara oleh Allah.
3. Terus membaca surah selepas bacaan al-Fatihah. Seeloknya dia menunggu untuk memberi masa kepada makmum membaca "al-Fatihah".
4. Membaca ayat atau surah terlalu panjang pada keadaan yang tidak mengizinkan, seperti ketika ada kecemasan dsbgnya., atau membaca ayat terlalu pendek. Surah yang pendek adalah lebih baik daripada satu ayat yang terlalu pendek.
III- Kesilapan Selepas Solat.
1- Menyaringkan bacaan doa "Allahumma inni as'aluka ridhoka…" ketika memberi salam.
2. Menganggap bahawa masih wujud ikutan antara makmum dan imam selepas salam.
3. Menjadikan bacaan yang tidak warid daripada sunnah Nabi s.a.w. sebagai wirid dan menyaringkannya, sedangkan wirid yang sunnah diabaikannya. Seperti membaca bersama "Ilahi lastuli firdausi ahla…", imam menyebut al-Fatihah dsbg.
4. Menyaringkan wirid pada keadaan yang tidak digalakkan menyaringkannya, apatah lagi jika masih ada lagi makmum masbuq yang sedang bersembahyang atau yang bersembahyang sunat.
5. Menentukan aturan doa yang sama sahaja untuk setiap kali lepas sembahyang, sedangkan banyak lagi doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. diabaikannya.
6. Menganggap sebagai sunnah Nabi apa yang diamalkan oleh masyarakat sekarang dengan bahawa wirid sembahyang mestilah berakhir dengan seorang imam membacakan doa dan diaminkan oleh para makmum.
Bacaan Wirid
Wirid yang terbaik adalah yang warid daripada Nabi s.a.w. meninggalkan wirid Nabi dan menggantikannya dengan yang lain adalah amalan yang kurang bijak. Kebaikan dan kelebihan itu berada pada mengikut sunnah nabi s.a.w. Dan tidak disunatkan berjemaah dalam berwirid, bahkan adalah lebih elok wirid bersendirian dengan suara yang perlahan. Apatah lagi jika ada jemaah yang sedang bersembahyang, maka perlu diperlahankan kerana dibimbangi mengganggu mereka. Pernah satu kali Rasulullah s.a.w. beriktikaf di masjid, dan baginda mendengar suara bacaan (Qur'an/zikir) yang nyaring, lalu baginda bersabda: "Kamu semuakan sedang bermunajat dengan Tuhan, maka kerana itu janganlah salah seorang daripada kamu menyakiti oang lain (dengan munajatnya itu), dan janganlah kamu mengangkatkat suara dalam bacaan kamu". Walau bagaimanapun, diharuskan mengangkat suara dengan berwirid, untuk mengajar para makmum dengan wirid. Kerana itulah wirid nabi yang perlu dibaca. Ibnu Abbas menyatakan bahawa mengangkatkan suara dengan berzikir sesudah selesai solat fardhu memang ada pada zaman Nabi s.a.w. Dan aku mengetahui yang mana mereka telahpun selesai bersolat bila aku mendengar (zikir nyaring) tersebut. Hadis-hadis tersebut adalah seperti di bawah.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ. رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُوْ دَاوُدَ.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا, أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقَالَ: كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Beberapa Perkara Yang Berkaitan Dengan Solat Berjemaah
1. Disunatkan memanjangkan rakaat pertama daripada rakaat kedua.
2. Diharuskan bagi makmum masbuq berjemaah sesama mereka sesudah salam imam.
3. Rasulullah s.a.w. pernah mengulangkan surah yang sama dalam kedua-dua rakaat.
4. Disunatkan bagi imam diam sebentar memberikan masa kepada makmum untuk membaca al-Fatihah sebelum membaca surah.
4. Ringkas atau panjang sembahyang itu dilihat dengan kaca mata sunnah, dan bukannya dengan hawa nafsu kita atau masyarakat kita.
Beberapa Nasihat Bagi Yang Ingin Menjadi Imam Sembahyang
1. Pastikan pakaian kita sentiasa bersih dan lebih kemas.
2. Perangai imam di luar sembahyang juga biasanya dilihat oleh para makmum. Kerana itu peliharalah kelakuan supaya sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.
3. Ikhlaskan amalan dan jangan bagi peluang kepada syaitan menjadikan amalan soleh kita sebagai perisai yang menghalang kita dengan Allah SWT.
4. Elakkan daripada waswas, kerana itu adalah bisikan syaitan semata-mata.
5. Jangan segan dan malu untuk menjadi imam. Sebenarnya kita menolong orang ramai untuk mendapatkan fadhilat berjemaah.

Siri - 5 Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" Siri ke-6 menerangkan syarat sah sembahyang, rukun sembahyang dan surah-surah yang dibaca Nabi saw di dalam sembahyang. Siri ke-7 seterusnya akan menyusuli , insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami khususnya - abi_alifhusna.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat sah sembahyang itu lapan perkara.
1. Islam
2. Mumayyiz
3. Mengetahui masuk waktu.
4. Mengetahuin sembahyang itu adalah fardhu dan mampu membezakan antara rukun dan sunat sembahyang.
5. Suci daripada hadas, samada hadas besar atau kecil.
6. Suci daripada najis yang tidak dimaafkan.
7. Menutup aurat.
8. Menghadap kiblat.
Rukun-Rukun Sembahyang
Rukun sembahyang itu tiga belas perkara.
1. Niat
2. Qiam (berdiri tegak) bagi yang mampu.
3. Takbiratl Ihram.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. Iktidal.
7. Sujud (dua kali).
8. Duduk di antara dua sujud.
9. Membaca tahiyyat akhir.
10. Duduk bagi tahiyyat akhir.
11. Membaca selawat kepada Nabi s.a.w. selepas tahiyyat akhir.
12. Memberi salam.
13. Tertib (melakukannya secara berturutan).
Rukun sembahyang pula dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Rukun Qalbi. Iaitu yang dikerjakan oleh hati. Rukunnya adalah niat.
ii. Rukun Qauli. Iaitu yang dikerjakan oleh lidah. Rukunnya lima, iaitu takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi s.a.w. dan salam.
iii. Rukun Fi’li (Perbuatan). Ia adalah selain daripada rukun qalbi dan qauli tadi.
Rukun Qauli
1. الله أكبر.
2. سورة الفاتحة.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ {1} الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ {7}
3. التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.
4. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.
5. السَّلَاْمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ.
Surah-Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Sembahyang
I- Solat Subuh
Dalam hadis riwayat Bukhari, Abu Barzah al-Aslamiyy menyatakan bahawa baginda membacakan ayat dalam solat subuh dalam satu rakaat atau dua rakaat, antara enam puluh ayat hingga seratus ayat. Al-Albani menyebut: "Baginda membacakan surah "Tiwalul Mufassal". Kadang baginda membaca surah al-Waqiah dalam dua rakaat. Baginda pernah membaca surah at-Thur (iaitu semasa hajjatul wada'). Kadang-kadang baginda membaca surah Qaf dan seumpamanya dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal" seperti surah at-Takwir. Pernah satu kali baginda membaca surah az-Zalzalah dalam rakaat pertama dan kedua. Dan pernah satu kali semasa musafir, baginda membaca surah al-falaq dan an-Nas. Baginda pernah membaca surah ar-Rum dan Yasin". Saidina Umar penah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau surah Yunus pada rakaat kedua.
II- Solat Zohor
Abu Said al-Khudriyy menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca pada dua rakaat pertama sembahyang zohor (dalam setiap rakaat) sekadar tiga puluh ayat. Riwayat Muslim. Baginda membacakan surah pada dua rakaat yang pertama dan memanjangkan rakaat yang pertama melebihi rakaat yang kedua. Kadang-kadang baginda memanjangkannya sehigga pernah seorang sahabat pergi ke Baqi untuk qadha hajat, kemudian balik ke rumahnya untuk berwudhuk, kemudian barulah datang untuk berjemaah, dan dia dapati Rasulullah s.a.w. masih lagi dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca surah at-Toriq, surah al-Buruj, surah al-Lail dan seumpamanya.
III- Solat Asar
Baginda membaca dalam solat asar pada dua rakaat pertama (dalam setiap rakaat) sekadar lima belas ayat (separuh daripada kadar bacaannya dalam solat zohor). Riwayat Muslim. Al-Albani menyebut bahawa baginda juga memanjangkan rakaat pertama berbanding rakaat kedua.
IV- Solat Maghrib
Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal". Ada juga baginda membaga "Tiwalul Mufassal" dan "Ausatul Mufassal". Bagida pernah membaca surah Muhammad. Baginda pernah membaca surah at-Thur dan juga surah al-Mursalat. Dan pernah baginda membaca surah al-A'raf dalam dua rakaat, dan begitu juga surah al-Anfal.
V- Solat Isya'
Baginda membaca dalam dua rakaat yang pertama dengan "Ausatul Mufassal". Pernah baginda membaca surah as-Syams dan yang seumpamanya. Baginda pernah membaca surah at-Tin. Pernah baginda membaca surah al-Insyiqaq dan baginda sujud tilawah.

Siri - 5 Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" Siri ke-6 menerangkan syarat sah sembahyang, rukun sembahyang dan surah-surah yang dibaca Nabi saw di dalam sembahyang. Siri ke-7 seterusnya akan menyusuli , insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami khususnya - abi_alifhusna.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat sah sembahyang itu lapan perkara.
1. Islam
2. Mumayyiz
3. Mengetahui masuk waktu.
4. Mengetahuin sembahyang itu adalah fardhu dan mampu membezakan antara rukun dan sunat sembahyang.
5. Suci daripada hadas, samada hadas besar atau kecil.
6. Suci daripada najis yang tidak dimaafkan.
7. Menutup aurat.
8. Menghadap kiblat.
Rukun-Rukun Sembahyang
Rukun sembahyang itu tiga belas perkara.
1. Niat
2. Qiam (berdiri tegak) bagi yang mampu.
3. Takbiratl Ihram.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. Iktidal.
7. Sujud (dua kali).
8. Duduk di antara dua sujud.
9. Membaca tahiyyat akhir.
10. Duduk bagi tahiyyat akhir.
11. Membaca selawat kepada Nabi s.a.w. selepas tahiyyat akhir.
12. Memberi salam.
13. Tertib (melakukannya secara berturutan).
Rukun sembahyang pula dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Rukun Qalbi. Iaitu yang dikerjakan oleh hati. Rukunnya adalah niat.
ii. Rukun Qauli. Iaitu yang dikerjakan oleh lidah. Rukunnya lima, iaitu takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi s.a.w. dan salam.
iii. Rukun Fi’li (Perbuatan). Ia adalah selain daripada rukun qalbi dan qauli tadi.
Rukun Qauli
1. الله أكبر.
2. سورة الفاتحة.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ {1} الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ {7}
3. التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.
4. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.
5. السَّلَاْمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ.
Surah-Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Sembahyang
I- Solat Subuh
Dalam hadis riwayat Bukhari, Abu Barzah al-Aslamiyy menyatakan bahawa baginda membacakan ayat dalam solat subuh dalam satu rakaat atau dua rakaat, antara enam puluh ayat hingga seratus ayat. Al-Albani menyebut: "Baginda membacakan surah "Tiwalul Mufassal". Kadang baginda membaca surah al-Waqiah dalam dua rakaat. Baginda pernah membaca surah at-Thur (iaitu semasa hajjatul wada'). Kadang-kadang baginda membaca surah Qaf dan seumpamanya dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal" seperti surah at-Takwir. Pernah satu kali baginda membaca surah az-Zalzalah dalam rakaat pertama dan kedua. Dan pernah satu kali semasa musafir, baginda membaca surah al-falaq dan an-Nas. Baginda pernah membaca surah ar-Rum dan Yasin". Saidina Umar penah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau surah Yunus pada rakaat kedua.
II- Solat Zohor
Abu Said al-Khudriyy menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca pada dua rakaat pertama sembahyang zohor (dalam setiap rakaat) sekadar tiga puluh ayat. Riwayat Muslim. Baginda membacakan surah pada dua rakaat yang pertama dan memanjangkan rakaat yang pertama melebihi rakaat yang kedua. Kadang-kadang baginda memanjangkannya sehigga pernah seorang sahabat pergi ke Baqi untuk qadha hajat, kemudian balik ke rumahnya untuk berwudhuk, kemudian barulah datang untuk berjemaah, dan dia dapati Rasulullah s.a.w. masih lagi dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca surah at-Toriq, surah al-Buruj, surah al-Lail dan seumpamanya.
III- Solat Asar
Baginda membaca dalam solat asar pada dua rakaat pertama (dalam setiap rakaat) sekadar lima belas ayat (separuh daripada kadar bacaannya dalam solat zohor). Riwayat Muslim. Al-Albani menyebut bahawa baginda juga memanjangkan rakaat pertama berbanding rakaat kedua.
IV- Solat Maghrib
Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal". Ada juga baginda membaga "Tiwalul Mufassal" dan "Ausatul Mufassal". Bagida pernah membaca surah Muhammad. Baginda pernah membaca surah at-Thur dan juga surah al-Mursalat. Dan pernah baginda membaca surah al-A'raf dalam dua rakaat, dan begitu juga surah al-Anfal.
V- Solat Isya'
Baginda membaca dalam dua rakaat yang pertama dengan "Ausatul Mufassal". Pernah baginda membaca surah as-Syams dan yang seumpamanya. Baginda pernah membaca surah at-Tin. Pernah baginda membaca surah al-Insyiqaq dan baginda sujud tilawah.

Siri 4 - Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Alhamdulillah, saperti yang dijanjikan kita teruskan pelajaran "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" dengan Siri ke-4, Siri ke-5 akan menyusuli , insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami khususnya - abi_alifhusna
Syarat Sah Solat Berjemaah
Syarat sah solat berjemaah itu ada tujuh perkara.
1- Imam hendaklah berada di hadapan makmum sekira-kira janganlah tumit makmum mendahului (ke hadapan daripada) tumit imam (pada sembahyang berdiri) dan janganlah punggung makmum mendahului punggung imam (jika sama-sama solat duduk). Dan jika sama tumit makmum dengan tumit imam, sembahyang makmum itu masih sah, tetapi makruh dan tiada fadilat berjemaah.
2- Hendaklan makmum mengetahui pergerakan imam, samada ia nampak imam itu atau nampak makmum di hadapannya yang mengikut imam atau mendengar suara imam atau suara "muballigh" bagi imam.
3- Berhimpun imam dan makmum di satu tempat.
4- Hendaklah makmum berniat mengikut imam atau berjemaah atau menjadi makmum. Dan jika sembahyang seseorang mengikut imam, padahal dia tidak berniat berjemaah, maka batallah sembahyangnya[1]. Tetapi jika imam itu tidak berniat menjadi imam, maka sembahyangnya (imam) adalah sah, kerana tidak disyaratkan bagi imam untuk berniat menjadi imam, sekalipun dia tidak mendapat fadhilat berjemaah kerana tidak berniat jemaah. Dan tidak disyaratkan bagi makmum berniat mengikut imam atau jemaah itu di dalam takbiratul ihram, bahkan sah jika diniatkan ketika sedang bersembahyang (sesudah takbiratul ihram). Tetapi yang sepatutnya ialah berniat ketika takbir (sebelum bertakbir), supaya mendapat fadhilat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi. Diingatkan juga, bahawa wajib pada sembahyang jumaat berniat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi (dalam takbir).
5- Hendaklah sama peraturan sembahyang imam dan makmum. Kerana inilah sah sembahyang fardu di belakang imam yang sembahyang sunat dan begitulah juga sebaliknya. Contoh bagi yang tidak sama peraturan sembahyang ialah solat biasa mengikut solat gerhana atau solat jenazah, maka tidak sah ikutannya itu. Dan tidak mengapa juga jika berlainan bilangan rakaat sembahyang imam dan makmum. Dan jika rakaat sembahyang imam itu adalah lebih banyak, dan makmum sudah pun membaca tahiyat akhir, dia dibolehkan untuk menanti imam dalam tahiyyatnya sehingga imam itu selesai mengerjakan sembahyangnya dan memberi salam atau (pilihan kedua ialah) dia berniat mufaraqah dan memberi salam sebelum selesai solat imamnya. Dan yang afdhalnya ialah menanti imam. Tetapi jika tahiyyat akhir makmum itu berada pada rakaat yang tiada tahiyyat bagi imam, seperti sembahyang maghrib di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, atau sembahyang dua rakaat di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, tetapi imamnya tidak mengerjakan tahiyyat awal, maka wajib bermufaraqah dan tidak harus menanti imam.
6- Hendaklah makmum menurut imam pada perkara-perkara sunat yang perlu dituruti imam samada menurut dengan tinggal atau buat. Ertinya, jika imam mengerjakan sunat tersebut, maka wajib juga dikerjakannya dan jika ditinggalkannya, maka makmum juga wajib meninggalkannya. Contohnya adalah seperti sujud tilawah. Maka jika imam meninggalkannya, makmum juga wajib meninggalkannya, dan jika dilakukannya juga, sedangkan imam meninggalkannya, maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika duduk imamnya kerana membaca tahiyyat awal, dan makmum pula sengaja berdiri, tidaklah batal sembahyangnya dan disunatkan baginya kembali duduk (bertahiyyat bersama imam). Dan jika dia berdiri kerana terlupa, sedangkan imamnya duduk membaca tahiyyat awal, maka wajiblah bagi makmum itu kembali duduk (bertahiyyat), dan jika dia tidak turun untuk bertahiyyat bersama imam, maka batallah sembahnyangnya.
7- Hendaklah makmum mengikuti imamnya pada takbiratul ihram dan lainnya. Ini kerana, tidak dinamakan sembahyang berjemaah jika makmum tidak mengikut imam.
Masalah 1: Jika bertakbir yang ingin menjadi makmum berserentak dengan takbir imam, atau mendahului imamnya, maka batallah sembahyangnya.
Masalah 2: Jika makmum mendahului imam dalam rukun qauli (bacaan), maka sembahyangnya sah, kecuali takbir, maka tidak sah sembahyangnya.
Masalah 3: Sah makmum mendahului imam dengan satu rukun fi'li (perbuatan), sekalipun ia adalah haram dan berdosa (kerana mendahului imam).
Masalah 4: Jika makmum mendahului imam dengan dua rukun, maka batallah sembahyangnya, sekalipun rukun pendek. Contohnya adalah seperti rukuk seorang makmum mendahului imamnya, dan apabila imam ingin rukuk, maka ia bangkit beriktidal. Dan apabila imamnya ingin bangkit daripada rukuk, makmum itu sudahpun sujud, maka batallah sembahyang ketika itu (sujud) kerana mendahului imamnya dengan dua rukun.
Masalah 5: Batal sembahyang makmum yang terlewat daripada mengikuti imamnya dengan dua rukun "fi'li" tanpa sebarang keuzuran yang dimaafkan dan jika rukun pendek sekalipun. Contohnya ialah seperti bahawa imamnya telah rukuk, iktidal dan tunduk untuk sujud, sedangkan makmum itu masih lagi berdiri (membaca al-fatihah), maka batallah sembahyang makmum tatkala imam itu sujud. Dan perlu dingatkan di sini bahawa waswas tidaklah termasuk keuzuran, kerana itu, sesiapa yang terlewat dua rukun kerana waswasnya, maka batallah sembahyangnya.
Masalah 6: Dimaafkan kepada makmum "muafiq" yang mempunyai keuzuran - seperti yang terlalu lambat membaca al-Fatihah atau yang terlupa membacanya atau imamnya terlalu cepat membaca al-Fatihah - terlewat daripada imam sehingga tiga rukun yang panjang. Dan jika lebih daripada itu, maka dia wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyang dirinya berseorangan atau dia terus mendapatkan imam (mengikut imam dengan meninggalkan rukun-rukun sembahyangnya yang terlewat itu), dan menambahkan serakaat lagi sebagai ganti bagi rakaat tersebut sesudah salam imamnya. Adapun makmum "masbuq", maka dia wajib rukuk setelah imamnya rukuk sekalipun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya. Ini kerana bacaan itu ditanggung oleh imam.
Masalah 7: Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imamnya serta dia berthoma'ninah bersama imamnya dengan yakin (sebelum imamnya bangkit daripada rukuk itu) dan imamnya itu suci daripada najis dan juga hadas, maka dia dianggap mendapat rakaat. Dan jika imamnya itu ada najis atau berhadas, maka dia tidak dianggap mendapat rakaat itu, kerana imamnya tidak boleh menanggung bacaan al-Fatihahnya. Begitu juga dia tidak dianggap mendapat rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam, tetapi tidak sempat berthoma'ninah bersama imam, atau dia berthoma'ninah tetapi selepas imamnya sudahpun bangkit daripada rukuknya, atau dia syak, adakah dia sempat berthoma'ninah bersama imam atau selepas imamnya sudah bangkit daripada rukuk. Maka sekalian keadaan ini, tidak dianggap mendapat rakaat. Masalah ini perlu diambil perhatian kerana didapati ramai yang terbatal sembahyangnya kerana jahil akan masalah ini, yang mana dia menganggap bahawa dia sudahpun mendapat satu rakaat, lalu dia memberi salam, padahal sebenarnya dia masih lagi kekurangan satu rakaat.

[1] Dengan syarat jika lama dia menanti dalam sesuatu perbuatan, tetapi jika tiada sebarang pernantian sekira-kira sama pergerakannya, maka sembahyangnya masih lagi sah.

Siri 3 - Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Alhamdulillah, Siri ke-3 "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" dapat diteruskan. Siri ke-4 akan menyusuli yang menyentuh beberapa topik lagi termasuk perbincangan mengenai syarat sah berjamaah dengan masaalah-masalah tertentu antara makmum dan imam, insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami kesemuanya - abi_alifhusna
Imam Yang Tidak Disukai Makmum Kerana Keburukan Perangainya
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُمْ صَلَاةً: مَنْ تَقَدَّمَ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ, وَرَجُلٌ أَتَى الصَّلَاةَ دِبَارًا, -وَالدِّبَارُ أَنْ يَأْتِيَهَا بَعْدَ أَنْ تَفُوتَهُ- وَرَجُلٌ اعْتَبَدَ مُحَرَّرَهُ. رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَة.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-As r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga golongan yang mana sembahyangnya tidak diterima oleh Allah SWT. (Mereka ialah): orang yang mengimami sesuatu kaum, padahal mereka tidak menyukainya, orang yang bersembahyang setelah luput waktunya dan orang yang memperhambakan orang yang telah dimerdekakannya (ataupun juga hamba yang mengengkari tuan yang memerdekakannya). Riwayat Abu Dawuud dan Ibnu Majah.
Pergerakan Makmum Adalah Sesudah Pergerakan Imam
عَنِ الْبَرَاء بْنِ عَازِبٍ الأَنْصَارِيِّ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لَمْ يَحْنِ أَحَدٌ مِنَّا ظَهْرَهُ حَتَّى يَقَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدًا ثُمَّ نَقَعُ سُجُودًا بَعْدَهُ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Al-Barra' bin Azib menceritakan bahawa: (Kami para sahabat bersembahyang bersama Nabi s.a.w., dan) Apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan "SamiAllahu liman hamidah" (iaitu beriktidal), seorang pun di kalangan kami tidak menundukkan belakangnya (untuk bersujud) sehinggalah Rasulullah s.a.w. bersujud, lalu kami bersujud selepasnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Membantu Mengingatkan Kelupaan Imam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى صَلَاةً, فَقَرَأَ فِيهَا فَلُبِسَ عَلَيْهِ, فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ لِأُبَيٍّ: أَصَلَّيْتَ مَعَنَا؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَمَا مَنَعَكَ؟ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.
Abdullah bin Umar menceritakan, pernah satu kali Rasulullah s.a.w. besembahyang, baginda membaca (ayat/surah) dan baginda terlupa (samar tentang ayat/surah yang dibacanya). Tatkala selesai sembahyang, baginda bersabda kepada Ubai bin Kaab: "Adakah kamu bersembahyang bersama kami"? beliau menjawab: Ya. Sabda baginda: (kalau begitu) "Apakah yang menghalangmu (daripada membacakan ayat itu kepadaku semasa aku kesamaran tadi)"? Riwayat Abu Dawuud.
Syarat Sah Ikutan
I- Tidak sah ikutan pada keadaan berikut:-
1- Tidak sah mengikut imam yang mana makmum mengetahui bahawa sembahyangnya (imam) adalah batal, samada kerana berhadas, najis atau sebagainya.
2- Tidak sah mengikut imam yang mana makmum menganggap bahawa sembahyangnya (imam) itu batal, sebab berlainan ijtihad pada kiblat dan sebagainya.
3- Tidak sah mengikut seseorang yang wajib baginya menqadha solatnya, seperti orang yang bersembahyang kerana menghormati waktu, yang bertayamum kerana air yang sejuk dan sebagainya.
4- Tidak sah bagi seseorang mengikut seseorang yang sedang menjadi makmum kepada orang lain. Tetapi jika dia sudah tidak lagi menjadi makmum, seperti makmum masbuk yang mana imamnya telahpun memberi salam, maka sahlah mengikutnya.
5- Tidak sah juga mengikut orang yang tidak diketahui keadaannya, adakah dia imam atau makmum.
6- Tidak sah bagi qari mengikut orang yang "ummiyy" iaitu orang yang tidak betul sebutan makhraj hurufnya.
7- Tidak sah bagi lelaki mengikut perempuan dan juga khunsa (pondan).
8- Tidak sah bagi khunsa mengikut khunsa dan juga perempuan.
9- Tidak sah mengikut orang yang kafir.
Dan sah ikutan pada keadaan berikut:-
1- Sah lelaki mengikut imam lelaki.
2- Sah perempuan mengikut lelaki.
3- Sah perempuan mengikut perempuan.
4- Sah sembahyang mengikut imam kanak-kanak yang telah mumayyiz.
5- Sah sembahyang yang berlainan niat imam dengan makmum, asalkan sama kaifiatnya, sekalipun berlainan rakaatnya.
6- Sah sembahyang fardu mengikut imam yang sembahyang sunat.
7- Sah juga sembahyang sunat mengikut imam yang bersembahyang fardu.
8- Sah sembahyang tunai mengikut imam yang sembahyang qada'.
9- Sah sembahyang qada mengikut imam yang sembahyang tunai.
10- Sah sembahyang "tamam" (dengan sempurna rakaat) di belakang musafir yang sembahyang "qasar" (memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat), tetapi tidak sah yang "qasar" mengikut yang "tamam".
11- Sah sembahyang "jamak" (menghimpunkan antara zohor dan asar atau maghrib dengan isyak dalam satu waktu, samada dalam waktu pertama atau dalam waktu kedua bagi musafir), di belakang imam yang bermuqim (sembahyang biasa), dengan syarat ia (makmum itu) tidak menqasarkan sembahyangnya.
12- Sah sembahyang maghrib makmum yang ingin menjamakkannya dengan sembahyang isyak dan ingin mengqasarkan isyaknya di belakang imam yang bermuqim, kerana maghrib itu tidak boleh diqasarkan.
13- Sah sembahyang mengikut imam yang duduk (kerana keuzuran), padahal makmum berdiri.
14- Sah sembahyang mengikut imam yang buta.
15- Sah sembahyang yang berwuduk di belakang imam yang bertayammum.
16- Sah sembahyang di belakang imam yang fasiq, sekalipun makruh menjadikannya imam.
17- Sah sembahyang di belakang anak zina, sekalipun tidak elok menjadikannya imam (jika diketahui umum).
18- Sah sembahyang orang yang bermazhab Syafie di belakang mazhab lain.
19- Sah sembahyang di belakang imam yang kelazimannya tidak membaca doa qunut pada sembahyang subuh.

Siri 2 - Solat berjamaah & Kefahaman menjadi Imam

Hadis-Hadis Asas Tentang Solah Berjemaah
Tujuan Dijadikan Imam
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ, قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ, فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا, وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا, وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dijadikan itu imam untuk diikuti. Maka apabila dia bertakbir, maka kamu semua bertakbirlah, dan apabila dia rukuk, maka rukuklah, dan bila dia sujud, maka sujudlah. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekurang-Kurang Bilangan Jemaah
عَنْ أَبِيْ مُوْسَى الأَشْعَرِيِّ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اثْنَانِ فَمَا فَوْقَهُمَا جَمَاعَةٌ. رَوَاهُ ابْنُ مَاجَة.
Daripada Abi Musa al-Asy'ariyy, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua orang dan ke atas itu adalah jemaah". Riwayat Ibnu Majah. (Dhoif).
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَصْحَابِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ فَصَلَّى مَعَهُ. رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُوْ دَاوُدَ.
Abu Said al-Khudriyy menceritakan seorang lelaki masuk masjid untuk bersembahyang, sedangkan Rasulullah s.a.w. sudah pun selesai bersembahyang bersama para sahabat baginda, lalu baginda bersabda: "Siapakah yang ingin bersedekah (membantu) orang ini"? (iaitu bersembahyang bersamanya supaya dia tidak bersembahyang seorang diri, bahkan berjemaah). Lalu bangunlah seorang sahabat untuk bersembahyang bersamanya. Riwayat Ahmad dan Abu Dawuud.
Mengimami Imam Yang Sembahyang I'adah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ, أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ كَانَ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ.
Jabir bin Abdillah menceritakan bahawa Saidina Muaz bin Jabal bersembahyang (berjemaah) dengan Rasulullah s.a.w., kemudian beliau balik untuk mengimami kaumnya pula (pada sembahyang yang sama). Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan pernah satu kali beliau bersembahyang bersama Nabi s.a.w. solat Isyak, kemudian beliau balik mengimami kaumnya solat Isyak. Dalam solatnya itu, beliau membaca surah al-Baqarah. Dan ada seorang lelaki yang bermufaraqah dan tidak mengikut beliau, (bahkan) dia bersembahyang seorang diri sahaja. Sebahagian daripada mereka mencelanya kerana perbuatan tersebut,lalu lelaki tadi pergi mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: "kami adalah orang yang (penat) bekerja di siang hari, kami bekerja memberi minum unta (memeliharanya). Muaz pula dah pun bersembahyang Isyak bersamamu kemudian dia datang mengimami kami dengan membaca surah al-Baqarah pula". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "adakah kamu ingin menjadi punca fitnah wahai Muaz? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sabdanya lagi: "Bacalah "Wassyamsi wa dhuhaahaa, "Sabbihisma rabbikal a'la" dan seumapamanya". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Larangan Mendahului Imam
عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ, فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ, فَقَالَ: أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي إِمَامُكُمْ فَلَا تَسْبِقُونِي بِالرُّكُوعِ وَلَا بِالسُّجُودِ وَلَا بِالْقِيَامِ وَلَا بِالِانْصِرَافِ فَإِنِّي أَرَاكُمْ أَمَامِي وَمِنْ خَلْفِي. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Anas bin Malik menceritakan bahawa, satu kali Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami. Dan sesudah selesai sembahyang, baginda berpaling menghadapkan mukanya ke arah kami dan bersabda: "Wahai kalian, sesungguhnya saya ini adalah imam kamu. (Kerana itu) janganlah kamu mendahuluiki samada dalam rukuk atau sujud atau bangkit atau memberi salam. Sesungguhnya aku melihat kamu samada dari depanku atau belakangku". Riwayat Muslim.
Ancaman Mendahului Imam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ أَوْ لَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar atau rupanya (keseluruhan tubuh badannya) menjadi rupa himar"? Riwayat Bukari dan Muslim.
Larangan Menyaringkan Bacaan Di Belakang Imam
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الظُّهْرِ أَوِ الْعَصْرِ فَقَالَ: أَيُّكُمْ قَرَأَ خَلْفِي بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا وَلَمْ أُرِدْ بِهَا إِلَّا الْخَيْرَ قَالَ قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ بَعْضَكُمْ خَالَجَنِيهَا. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Imran bin Hasoin menceritakan, pernah satu kali Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami solat zohor ataupun asar, kemudian baginda bersabda dengan bertanya: "Siapakah yang membaca "Sabbihisma rabbikal a'la" di belakangku tadi? (agak nyaring sehingga didengari oleh Rasulullah s.a.w.). Ada seorang lelaki menjawab: "Saya, wahai Rasulullah. Dan aku tidak membacanya melainkan (dengan niat membuat) kebaikan". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda menjawabnya: "Memang aku sudah mengetahui, bahawa ada sebahagian daripada kamu yang berebut-rebut dengan aku". (Baginda mengengkari perbuatan tersebut). Riwayat Muslim.
Imam Dituntut Membetulkan Saf Sebelum Bertakbir
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda: "Betulkan saf! Sesungguhnya membetulkan saf itu sebahagian daripada (tuntutan kesempurnaan) mendirikan sembahyang". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Membetulkan Kedudukan Makmum Dan Mengimami Makmum Kanak-Kanak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa pernah satu kali aku bermalam di rumah emak saudaraku. Dan aku lihat rasulullah s.a.w. bangun bersembahnyang malam (tahajjud). Aku pun bangun untuk bersembahyang bersamanya. Aku berdiri di sebelah kirinya, lalu baginda memegang kepalaku (untuk mengubah kedudukanku) dan baginda meletakkanku di sebelah kanannya. Riwayat Bukhari.
Bacaan Imam Adalah Bacaan Bagi Makmum
عَنْ جَابِرٍ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ لَهُ إِمَامٌ فَقِرَاءَةُ الْإِمَامِ لَهُ قِرَاءَةٌ . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَة.
Daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mempunyai imam, maka bacaan imamnya dianggap bacaan untuknya". Riwayat Ibnu Majah. Berdasarkan hadis inilah orang yang masbuq diharuskan untuk meninggalkan bacaan al-Fatihah, dan terus rukuk bersama imam, jika tidak sempat menghabiskannya.
Imam Dituntut Meringkaskan Sembahyang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ, فَإِنَّ مِنْهُمُ الضَّعِيفَ وَالسَّقِيمَ وَالْكَبِيرَ, وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَلْيُطَوِّلْ مَا شَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bila seseorang daripada kamu menjadi imam (sembahyang), maka hendaklah dia meringkaskan (bacaannya), kerana sebahagian daripada mereka (makmum itu), ada yang lemah, sakit dan tua. Dan apabila kamu bersembahyang seorang diri, maka panjangkanlah sekehendak kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.